Kursus Kelas Maya

Ditulis oleh Administrator on .

Pada 26/2/2014 satu Kursus Kelas Maya telah disampaikan oleh pihak TOP-IT. Kursus ini memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai kelas maya yang diterima oleh SK Rhu Sepuluh, pihak sekolah berterima kasih kepada pihak TOP-IT sudi memberi kursus kelas maya kepada guru-guru dan menerangkan cara penggunaan kelas maya secara betul. Semoga dengan adanya kelas maya ini memberi minat kepada murid murid dan merubahkan cara pembelajaran.

Majlis Penyerahan eBOOK

Ditulis oleh Administrator on .

Majis Penyerahan eBOOK pada murid Tahun 5 disempurnakan oleh YB. Dato' Mohd Jidin Bin Shafee, ADUN Permaisuri bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Setiu. Seramai 30 orang murid Tahun 5 menerima eBOOK pada tahun ini. Semoga eBOOK yang dibekalkan memberi impak dan semangat kepada murid murid dalam pembelajaran.

 

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah, Perpustakaan dan Ketua Kelas

Ditulis oleh Administrator on .

SK Rhu Sepuluh telah mengadakan satu majlis Watikah Perlantikan Pegawas, Perpustakaan dan Ketua Kelas yang disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Penarik. Tahniah kepada semua pegawas sekolah, pegawas perpustakaan dan ketua kelas yang dilantik pada tahun 2014. Selamat menjalankan tugas sebagai Pegawas Sekolah, Pegawas Perpustakaan dan Ketua Kelas.

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-23

Ditulis oleh Administrator on .

Pada 18/03/2014 jam 11.30 pagi satu Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-23 telah dijalankan di Dewan SK Rhu Sepuluh yang dihadiri para ibubapa murid SK Rhu Sepuluh. Mesyuarat ini telah di rasmikan oleh En. Remlee Bin Awang Kechil, Pegawai Perhubungan SK Rhu Sepuluh dari PPD Setiu. Mesyuarat ini berjalan dengan lancar, terima kasih diucapkan kepada guru guru yang memberi kerjasama yang amat baik sepanjang mesyuarat ini berlangsung dan tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang sudi hadir ke mesyuarat kali ini.

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Setiu Utara

Ditulis oleh Administrator on .

Pada 10/3/2014 berlangsung satu pertandingan Bola Baling Peringkat Zon Setiu Utara. SK Rhu Sepuluh menjadi tuan rumah bagi kejohanan kali ini. Tahniah buat SK Mangkok (L) telah menjuarai Bola Baling Peringkat Zon Setiu Utara dan SK Fikri Pantai (P) menjuarai bagi kategori perempuan. Terima kasih diucapkan kepada urusetia dan pengadil yang memberi kerjasama yang amat baik.

e-Perkhidmatan

Kalendar Aktiviti

  • 17 Apr